Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin ke Tanjung Piai untuk Ziarah Kasih

327
SHARE

Skuad Prihatin ke Tanjung Piai untuk Ziarah Kasih

15 DISEMBER 2019

TG. PIAI: Baru-baru ini, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bersama Muslim Care Malaysia telah mengambil inisiatif bagi menziarahi ibu tunggal, warga emas, orang sakit dan OKU di sekitar DUN Pekan Nenas dan DUN Kukup bagi pasca PRK 165 Tg Piai.

Pengerusi LKK DMPM, Dr. ‘Uyun Abd Malek hadir menyantuni penduduk setempat yang diketuai oleh pengarah program yang juga Pengerusi LKK DMP Negeri Johor, Arbakyah Kassman.

Skuad Prihatin telah melawat sebanyak 41 buah rumah penduduk dan berjaya menyerahkan bantuan berupa barang keperluan dapur dan wang tunai bagi meringankan beban mereka.

Dr. ‘Uyun memaklumkan bahawa ziarah seperti ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh negeri Johor Darul Takzim untuk siri yang seterusnya.

Orang ramai dialu-alukan untuk turut sama membantu dari jauh dengan menghulurkan sumbangan kepada mereka melalui akaun Maybank (5640 2540 0711) di atas nama DMPP dengan nota ‘ZiarahKasih’. Bukti transaksi boleh dimaklumkan kepada Dr ‘Uyun (019-3577502).