Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin : Ikuti Perkembangan Adik Uwais

1500
SHARE

Kuala Lumpur, 27 November 2017 : Baru-baru ini Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) telah melancarkan tabung sumbangan untuk membantu dana perubatan Adik Muhammad Uwais al-Fateh.

Adik Uwais yang berusia 4 bulan itu dilaporkan mempunyai Tracheoesophageal Fistula, salur pemakanan tidak bersambung sejak lahir lagi dan beliau telah dibedah pada Julai yang lalu. Beliau turut mempunyai beberapa penyakit lain yang memerlukan rawatan lanjut secara berperingkat.

Baru-baru ini sekali lagi Adik Uwais menjalani pembedahan bagi memasang tiub gastrostomy pada perutnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan salur pemakanan yang dibedah sebelum ini tidak berfungsi dengan baik.

Setelah Bronchoscopy dijalankan, iaitu memasukkan kamera ke dalam salur pernafasannya, Doktor telah mengesahkan Adik Uwais mengalami Tracheomalacia satu penyakit yang menyebabkan salur pernafasannya lembik dan sempit pada tahap yang agak teruk pada beberapa bahagian.

Hari ini, Pengerusi LKK DMPM, Dr. ‘Uyun Abd Malek bersama Timbalannya Puan Zurina telah meluangkan masa menziarahi Adik Uwais untuk mengikuti perkembangan kesihatannya di Wad Pediatrik HKL. Menurut ibu kepada Adik Uwais, Puan Yasirah Ali, adik Uwais memerlukan bantuan dana perubatan pada anggaran sebanyak RM5000 untuk pembelian mesin CPAP dengan segera bagi membantu salur pernafasannya yang sempit supaya terbuka dan dapat bernafas dengan lebih baik serta mengelakkan paru- parunya rosak.

Hati ibu mana yang tidak pilu melihat anaknya ditimpa ujian demi ujian, apatah lagi yang menanggung kesakitan itu adalah hamba Allah yang amat lemah dan kecil yang belum tahu apa-apa malah tidak pandai mengadu kesakitan selain hanya menangis menanggung penderitaannya.

Pihak Skuad Prihatin LKK DMPM juga menyatakan perasaan hiba apabila melihat sendiri keadaan adik Uwais semasa ziarah tadi. Justeru itu, pihak Skuad Prihatin LKK DMPM sekali lagi menyeru dan merayu kepada semua yang dermawan, untuk menghulurkan sedikit yang kita ada bagi membantu Adik Uwais agar dapat sama-sama menikmati hidup yang selesa seperti kanak-kanak lain.

Kepada yang ingin bersama-sama membantu Adik Uwais, LKK DMPM sentiasa membuka ruang dan mengalu-alukan niat murni para dermawan untuk menyumbang bagi mengurangkan bebanan yang dilalui Adik Uwais dan keluarganya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun:

Dewan Muslimat PAS Pusat
MAYBANK: 5640 2540 0711

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan