Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin Bantu Ibu Derita Kanser Tahap 3

634
SHARE

Skuad Prihatin Bantu Ibu Derita Kanser Tahap 3

2 SEPTEMBER 2020

KLUANG: Setelah mendapat perkhabaran mengenai penderitaan yang dialami Puan Aida Kahar, 51, Skuad Prihatin segera mengatur langkah untuk membantu beliau dengan melancarkan Tabung Kak Aida sejak bulan lepas.

Beliau yang telah dikenalpasti dengan kanser usus tahap 3 memerlukan bantuan bagi menjalani rawatan kimoterapi dan kos perjalanan rutin dari rumah ke hospital yang mana terletak agak jauh jaraknya.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) yang diketuai oleh Zuriati Ya’akob selaku Setiausaha LKK DMPM, mengadakan ziarah ke rumah Puan Aida bagi menyerahkan kutipan sumbangan daripada orang ramai.

Turut hadir bersama dalam ziarah tersebut ialah AJK LKK DMPN Johor, dan muslimat PAS Kawasan Kluang.

Skuad Prihatin mengharapkan bantuan yang dihulur itu sedikit sebanyak mampu menyenangkan urusan Puan Aida sekeluarga.