Home Artikel PAS Selangor

SKIMPAS: Membantu Ahli dan DHPP

292 views
SHARE

BTHO, 4 Mac 2018 : Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Serdang, YB Ustaz Shafie Ngah telah melancarkan Skim Kifalah Ahli PAS (SKIMPAS) dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-34 PAS Kawasan Serdang di Bandar Tun Hussein Onn hari ini.

Penerangan SKIMPAS ini telah dibentangkan oleh En Wan Mustapa Wan Abdul Razak wakil Lajnah Kebajikan PAS pusat kepada seluruh perwakilan dan pemerhati dalam Dewan Sri Kasih, Tun Hussein Onn.

Menurut beliau, banyak manfaat yang akan diperoleh ahli PAS dengan yuran hanya RM55 setahun antaranya manfaat khairat adalah RM10 000 berbanding RM2000 sebelumnya, kecacatan kekal akibat kemalangan sebanyak RM10 000, perbelanjaan hospital RM500 dan elaun harian di hospital selama 60 hari setahun dinaikkan dari RM20 ke RM30.

Menurut Wan Mustapa yang selesa dipanggil Pak Wan, skim ini perlu disokong oleh semua ahli PAS dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kerana ia boleh membantu Lajnah Kebajikan meningkatkan dana mereka disamping membantu ahli PAS dan DHPP dalam kesusahan. Selain itu, ia juga menjadi medan ahli untuk menyumbang dan menginfak lebihan rezeki yang ada.

Beliau juga menyatakan beberapa syarat untuk mendaftar SKIMPAS antaranya pemohon hendaklah rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai ahli PAS atau DHPP yang berumur 18 tahun keatas.

Beliau berharap semua ahli PAS dapat mendaftar melalui cawangan masing-masing yang kemudianya akan diurus oleh pihak kawasan Serdang