Home Artikel PAS Perak

SkimPAS : Kebajikan Yang Direalisasikan

5 views
SHARE

BUKIT GANTANG: Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS) anjuran Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat terus menyalurkan manfaat kepada ahli-ahli PAS yang ditimpa musibah seperti kematian dan kemalangan.

Terbaru, seorang waris kepada pencarum skim tersebut, Haji Azizuddin bin Mohamed telah menerima manfaat khairat berjumlah RM10,000.

Isteri beliau, Allahyarhamah Sopiah bt. Dat menghembuskan nafas terakhir pada 23 Julai lalu merupakan pencarum SkimPAS.

Beliau juga merupakan penerima pertama sejak SkimPAS mula dilancarkan pada Februari lalu.

Penyerahan manfaat khairat tersebut telah disampaikan oleh Bendahari PAS Pusat merangkap Pensuruhjaya PAS Perak, YB Tuan Haji Razman Zakaria. Turut hadir, Timbalan Pengerusi LKKPP, Ustaz Norazli Musa, Ketua Unit SkimPAS LKKPP, Wan Mustapha Wan Abdul Razak dan Ketua LKKP Perak, Ustaz Sofian Rejab.

Pada majlis tersebut, seorang ahli Unit Amal dan juga ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang, Iqwan bin Roslan turut menerima sumbangan bernilai RM500. Ahli PAS seumur hidup ini ditimpa kemalangan jalanraya beberapa bulan yang lalu terpaksa bertongkat dan berkerusi roda serta menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.

Majlis turut disaksikan oleh ahli-ahli Jawatankuasa LKKP Pusat, Negeri, Kawasan Bukit Gantang & Taiping. Majlis diadakan di Pusat Khidmat PAS Kawasan Bukit Gantang, Simpang.

Boleh Layari :

Facebook SkimPAS