KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
24 Nov 2019
SKANDAL NAFAS: PAN PERLU AMANAH KEPADA HAK RAKYAT
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menekuni perkembangan politik nasional yang melibatkan rakyat dan berasa sangat kesal dengan sikap pemimpin-pemimpin dari Parti Amanah Negara (PAN) yang seolah-olah bersikap masih membisu dalam isu berkaitan dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang dikaitkan terlibat dalam kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini.
2. Pendedahan MP Air Hitam dalam Dewan Rakyat baru ini berkenaan wujudnya tempahan bilik hotel yang direkodkan atas nama NAFAS sepanjang tempoh berkempen PRK Tanjung Piai dan dilaporkan juga pimpinan NAFAS mengenakan pakaian berwarna oren dalam kempen berkenaan menunjukkan PAN tidak layak mengunakan kalimah ‘Amanah’ pada nama partinya kerana tidak amanah kepada hak rakyat.
3. PAN merupakan antara satu parti yang cukup konsisten mencanang dan menjaja bahawa PAS terlibat dengan Skandal 90 juta yang hingga hari ini masih tidak mampu dibuktikan di mana-mana pun dan masih kekal mengulangi fitnah lapuk itu di dalam program jelajah politik mereka.
4. Bak kata pantun Melayu “Paku dulang paku serpih, kata kat orang rupanya dia yang lebih”. Hari ini terbukti bahawa isu NAFAS mengheret PAN terlibat dengan skandal, rupanya telah lama menyusun lantikan politik PAN dalam NAFAS sehingga melanggar dua prinsip asas Pakatan Harapan(PH) iaitu :-
a) Tiada lantikan politik dalam agensi kerajaan
b) Dasar tender terbuka untuk semua projek kerajaan
5. Pihak kami menegaskan supaya PAN khususnya dari negeri Kedah bermuhasabah dengan parti sendiri yang kononnya membawa Islam “Rahmatan Lil Alamin” yang sentiasa memperlekehkan PAS supaya sentiasa tengok cermin lihat parti sendiri yang terpalit banyak masalah sehingga banyak cawangannya yang terbubar daripada beretorik untuk memusnahkan kubu PAS di Kedah kononnya, sedangkan parti sendiri kian terserlah keangkuhan, kebobrokan dan kecelaruannya.
6. Pihak kami juga kesal dengan tiupan api perkauman oleh beberapa cybertropper PAN yang kononnya mengungkit tender terus RM 1.4 billion kononnya agenda MCA mempertikai NAFAS yang majoritinya Melayu. Hal ini terbukti idealisme terbuka dan liberal mereka hanya kosmetik sebaliknya kembali menggunakan isu perkauman bila parti sendiri tersepit. Kononnya sekarang membela orang-orang Melayu, persoalan kami, “Tidak takutkah kepada tuan besar DAP ?”.
Sekian Terima kasih.
YANG BENAR,
USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah