Home Berita PAS Sabah

Singgah Sahur Ramadan, erat hubungan komuniti setempat

187
SHARE

21 April 2022
Oleh : Nursam Mohammad

PUTATAN : Bagi menghargai khidmat bakti petugas barisan hadapan dan petugas-petugas malam, Parti Islam Se-Malaysia PAS Kawasan Putatan telah berinisiatif menyampaikan juadah sahur kepada mereka ini dalam program ‘Singgah Sahur Ramadan’.

Progran yang bermula seawal pukul 3.00 pagi semalam itu, telah melibatkan petugas barisan hadapan di beberapa tempat seperti IPD Kota Kinabalu, Balai Polis Putatan, Balai Polis Kinarut, Ibu Pejabat Penjara Sabah, sekolah-sekolah, pondok pengawal keselamatan dan lain-lain dalam Parlimen Putatan dan sekitar.
Penyelaras program, Nursam Mohammad berkata, inisiatif yang sebagai satu cara untuk mengeratkan hubungan masyarakat dan pemimpin setempat.

“Saya berharap perkongsian juadah sahur daripada PAS Putatan ini dapat menjalinkan hubungan baik dalam kalangan komuniti setempat,” ujarnya.

Tambahnya, program ini akan diteruskan dengan 2 siri sepanjang bulan Ramadan yang kesemuanya dengan sasaran yang berbeza yang turut memberi tumpuan kepada golongan gelandangan dan golongan yang memerlukan.

Katanya lagi, bagi mengimarahkan Ramadan, PAS Putatan juga akan meneruskan program Ihya’ Ramadan seperti edaran juadah moreh dan sumbangan bakul makanan secara bersasar kepada masyarakat yang memerlukan.