Dewan Pemuda PAS Setiawangsa meneruskan agenda kebajikan dengan menganjurkan Singgah Sahur bersama DACS Pemuda Wilayah Persekutuan di beberapa tempat terpilih di sekitar Parlimen Setiawangsa.
Program bermula jam 3.30 pagi dengan menziarahi Balai Polis Taman Setiawangsa. Makanan dan minuman diserahkan kepada anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan mesayarakat sekitar.
Kedua dua pihak berbual sebentar mengenai isu keselamatan dan kes curi motorsikal dilaporkan semakin berlaku di bulan Ramadhan. Kami merasa syukur mereka komited menjalankan tugas walaupun bertugas syif malam.
Selepas itu, para pekerja stesen minyak, restoran makanan segera dan kedai serbaneka seperti Petronas, Caltex, McDonalds dan 7 Eleven turut disantuni dengan mengedar makanan sahur kepada mereka. Kelihatan ceria terpancar dari riak wajah selepas diziarahi.
Akhir sekali, para pemuda menziarahi pos masuk Kem Desa Tun Hussein Onn dan Balai Bomba Sri Rampai bagi menziarahi makanan sahur kepada anggota yang bertugas.
#PAS4Setiawangsa
#UntukmuSetiawangsa
{jathumbnail off}