Home Berita PAS Sabah

Buta Bukan Penghalang Celik Al Quran

688
SHARE

 

 

Tawau : Al Quranul Karem diturunkan kepada semua hamba Allah swt . Oleh itu semua manusia berhak memanfaatkannya. Termasuklah golongan yang kurang bernasib baik pada pandangan kebanyakan manusia iaitu golongan OKU,  namun menjadi  satu keistimewaan pada golongan ini, jika menjadikan kekurangan itu satu kelebihan yang diiberi oleh Alla swt, namun dalam bentuk yang berlainan .

Memahami hakikat ini, PAS Kawasan Tawau telah mengerakkan tim prihatinnya untuk membimbing OKU untuk menjadi celik Al Quran.

Pada 10 Jun baru-baru ini, bertempat di PASTI Taman Ria, PAS Kawasan Tawau telah menyumbang satu set Al Quran Braille  terdiri daripada 6 jilid, dan satu set Iqra’ Braille terdiri daripada 6 jilid juga kepada adik Alya  Ilyana Binti Noranizam , seorang Oku penglihatan, berumur 7 tahun dari Felda Umas