Miri, 19 Jun – Bersempena bulan Ramadhan yang mulia, Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri (DPPK Miri) telah mengadakan program singgah sahur di Hospital Besar Miri pada 17 Jun baru-baru ini.
Diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriazul Paijo, lawatan dimulakan dari Unit Kecemasan diikuti dengan lawatan ke wad-wad di bahagian yang lain.
Sebanyak 50 bungkus makanan telah diagihkan kepada para pengunjung dan juga kakitangan hospital.
Pihak DPPK Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pegawai hospital yang memberi kerjasama dengan baik dan mesra sepanjang lawatan tersebut.
Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
{jathumbnail off}