Home Berita PAS Terengganu

PRU 14: PAS pencorak utama politik matang dan sejahtera di Malaysia.

1052
SHARE

Oleh : Salwanaa Ghani.

KUALA LUMPUR – Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah merupakan pencorak dan peneraju utama kepada politik di Malaysia yang lebih sejahtera.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Ustazah Nuridah Salleh berkata, kita dari PAS sangat berharap dapat mencorakkan Malaysia yang lebih sejahtera melalui pendekatan Budaya Politik Malaysia Sejahtera ( BPMS) iaitu satu manual untuk PAS berinteraksi dengan 28juta rakyat Malaysia selepas PRU 14 ini.

Beliau berkata demikian di Majlis Ramah Mesra DMPM Bersama MEDIA di Pejabat Agung PAS di sini semalam petang Rabu 28 Februari.

Tambah beliau ‘contohnya pihak media telah pun ketahui, kita telah pun gembar gemburkan hal ini lama dalam lebih setahun tentang Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), BPMS, Dokumen Hijau yang rasanya dibekalkan kepada pihak MEDIA dan juga manifesto kita sebenarnya, kita masih lagi dalam proses mengemaskinilah, Insyaa Allah”.

Perancangan yang terkandung di dalam WINS 2051 adalah perancangan PAS kepada Malaysia.

‘Jadi Insyaa Allah, menerusi perancangan yang terkandung dalam WINS 2051 di situ antara perancangan PAS kepada negara Malaysia ini…..mudah-mudahan kita harap hal ini akan dapat dimudahkan oleh Allah SWT kepada agenda kita yang mulia ini,

dan berharap rakyat terbanyak dapat membuka mata dan hati bagi peluang kepada PAS menerajui kepimpinan negara Malaysia, Insyaa Allah “.Kata beliau lagi.

Sambung beliau lagi, “mereka telah lihat contoh dan pastikan urus tadbir negeri Kelantan dan pernah mengurus di negeri Kedah dan Terengganu……. sebenarnya terlalu banyak jasa yang telah dapat dilaksanakan oleh PAS untuk rakyat”.

Menurut beliau lagi “bahawa kita tahu kerja-kerja kepimpinan ini, kerja siasah ini bukanlah satu kerja hobi tetapi merupakan kerja yang di amanahkan oleh Allah SWT setelah kita dimatikan dan terpaksa berdepan dengan Allah SWT,

sebab itulah hasrat PAS untuk melabur jasa bakti kepada rakyat terbanyak mudah-mudahan akan menjadi satu kenyataan dan hal ini kita harapkan pada pihak MEDIA untuk bekerjasama mewar-warkan hasrat yang baik daripada PAS ini “.Ujar beliau lagi.

Menurut beliau lagi “Antara perkara utama dalam kita membuat kebajikan ini kita suka menolong dalam perkara yang baik juga antara DMPM dan para pengamal MEDIA dapat bekerjasama melaksanakan bantu membantu khususnya bagi kami sebuah organisasi Parti yang begitu aktif dalam soal-soal politik dan siasah atau politiknya”. Ujar beliau lagi.

Katanya ” hasrat ini selari dengan turunnya Islam itu sendiri kepada umat manusia adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan kehidupan manusia sejagat itu dalam kesejahteraan Insyaa Allah”.

Di samping itu ” alhamdulillah kita dapat kerjasama yang baiklah khususnya dari MEDIA organ parti HARAKAH itu sendiri….mudah-mudahan acara atau aktiviti hari ini kita akan dapat melebar luaskan lagi dengan pihak MEDIA yang lain “.

Tambah beliau, “Dan DMPM sebagai suatu gerakan wanita peringkat nasional dan sementara pihak MEDIA adalah ejen sosialisasi mesyarakat, secara jelas perhubungan ini perlu disenergikan memperkukuh kesejahteraan negara Malaysia ini.

Oleh itu “Insyaa Allah tuan-tuan dan puan-puan dari MEDIA sendiri Insyaa Allah akan bersama mengecapi kesejahteraan yang akan dipelopori oleh PAS ini “.

Majlis petang itu turut dihadiri dari kepimpinan DMPM , wakil ketua-ketua kepimpinan negeri- negeri juga wakil akhabar-akhbar seperti dari Harakah, Buletin Online, Antara Post, Semasa News,Malay Mail, Sin Chew Daily.