Home Berita PAS Perak

Sinar Mula Berputik Buat Mereka – Ziarah YB Razman Zakaria

485
SHARE
BAGAN SERAI – Misi jejak asnaf ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria bersama Pegawai Baitulmal Puan Habibah menemukan keluarga Mohamad Rizuan Yusop yang tinggal di Tebuk Panchor.
Ketika tiba di rumah tersebut rombongan disambut oleh JPKK Khairul Nizam yang lantas menunjukkan keadaan dan struktur rumah keluarga tersebut.
Tidak lama kemudian Rizuan tiba di rumah setelah selesai urusan bersama keluarga di Bagan Serai.
Rizuan bersama isteri dan lima orang anaknya tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah bapanya yang usang dan daif disamping tiada bekalan air paip seakan menerima Sinar harapan dengan kehadiran YB.
Beliau lantas membuka pintu menjemput rombongan ziarah untuk melihat sendiri keadaan rumahnya. YB masuk meninjau keadaan di dalam rumah serta mendapati banyak botol air mineral dan tong air tersusun digunakan untuk mengangkut dan menyimpan air bagi kegunaan harian kerana bekalan air dipotong akibat tunggakan bil yang tidak mampu dibayar.
Menuju ke bahagian belakang rumah didapati keadaan bilik air juga sangat daif di samping struktur dinding rumah yang rosak akibat dimakan anai-anai.
Dari keterangan yang diterima Rizuan mempunyai enam orang anak namun salah seorang darinya terpaksa dijaga oleh keluarga yang lain kerana kesempitan hidup yang dialami.
Terkesan dengan keadaan yang dihadapi oleh keluarga ini YB segera mengarahkan pegawai khas beliau Encik Ahmad Rosman untuk mendapatkan bantuan melalui saluran dari pihak yang berkaitan.