Home Artikel PAS Perak

Merasmikan Perasmian Penutup Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak (PPSR)

202
SHARE
Merasmikan perasmian penutup Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak (PPSR)
قال الله تعالى في محكم تنزيله
وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;” (Surah Syura 38)
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia dan ruang yang diberikan olehNya, dapat kita sama sama menghadiri, dan menyertai Mesyuarat Tahunan Perwakilan (MTP) kali ke 24 Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak (PPSR). Tidak lupa ucapan terima kasih atas jemputan ini yang mana secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan PPSR dengan Kerajaan Negeri Perak.
Kita sangat memahami bahawa pendidikan adalah teras utama dalam pembinaan bangsa dan negara. Kejayaan Nabi SAW sehingga ke pembukaan Kota Mekah bermula dengan pendidikan dan ilmu dengan firmanNya
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Allah SWT mengurniakan nikmat akal kepada manusia, supaya manusia sentiasa berfikir dan memfungsikan akal. Kepentingan pendidikan ini merupakan satu perkara yang asas dan perlu mendapat kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak.
Bagi Sekolah Agama Rakyat, sudah pasti ada kelebihannya. Ini kerana pendidikannya berteraskan Ilmu Wahyu, iaitu al Quran dan al Hadis, serta Bahasa Arab dalam beberapa subjek utama. Sejarah juga membuktikan bahawa lepasan Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah berjaya dalam pendidikan, kerjaya dan kehidupan. Apatah lagi keupayaan dalam Ilmu Islam yang tidak boleh dipertikaikan sumbangan mereka.
Kita juga jangan lupa, bahawa para ulama dan agamawan hasil didikan sekolah agama rakyat juga telah menyumbang kepada kemerdekaan negara. Termasuk persatuan persatuan seperti Jam’iyyah Fathoniah yang diasaskan oleh Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain pada 1873 melahirkan Tok Kenali. Begitu juga Jam’iyyah Rusyidiah yang ditubuhkan oleh Syeikh Ali Kelana Riau pada 1890 melahirkan Sarekat Islam.
Di sini kita boleh lihat bagaimana kesatuan kesatuan institusi pendidikan boleh berperanan dalam melahirkan generasi pelapis, membina ummat, dan menjadi suara dalam memperjuangkan Islam. Allah SWT berfirman;
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali Imran 104)
Kita melihat bahawa PPSR mampu untuk menjadi persatuan atau ngo yang berkesan dan memberi impak yang besar dalam penddikan Islam di Negeri Perak ini. Menjadi suara dalam membela sekolah agama, hidup saling bantu membantu dan bekerjasama melahirkan ummat.
Keahlian yang berdaftar seramai lebih 4,000 orang juga memberi petanda bahawa PPSR mampu untuk memperjuangkan hak kebajikan guru dan isu-isu Sekolah Agama Rakyat. Keanggotaan juga meliputi 16 daerah daripada seluruh Negeri Perak. Ya, sebenarnya PPSR ada kekuatan yang tersendiri.
Kita perlu sedar bahawa amanah dan tanggungjawab menguruskan sekolah agama adalah tugasan yang besar. Kita diamanahkan untuk melahirkan ummat. Menubuhkan sekolah agama bukanlah projek perniagaan untuk mengkayakan poket sendiri. Akan tetapi ia adalah pengorbanan. Ia adalah projek melahirkan generasi Umat Nabi Muhammad SAW, dan juga merupakan projek akhirat.
Terus istiqamah di atas jalan ini. Jalan yang menyeru manusia ke arah mengenali Tuhan melalui saluran pendidikan persekolahan. Jalan yang membawa manusia mengenali syariat Tuhan dan ajaran nabi. Jalan yang membuka mata untuk melihat akhirat dan hari pembalasan. Jalan yang melahirkan ketaqwaan sebagai bekalan.
وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ
“Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (ketaqwaan)” (Surah al Baqarah 197)
Kita mengharapkan agar PPSR dapat menjalinkan hubungan yang baik dan kerjasama dengan Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) agar agenda pendidikan agama dapat dikembangkan dengan lebih hebat@ [1979897678898294:11809:]