Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sinar Bahagia Di Bulan Ramadhan

270 views
SHARE

Sinar Bahagia Di Bulan Ramadhan

11 Jun 2017, Subang : Program Semarak Kasih Ramadhan berjalan dengan lancarnya. Menariknya program kali ini sungguh meriah kerana salah satu aktiviti yang dijalankan menjadi tarikan penduduk setempat iaitu Ziarah Medik yang dibawa oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bergabung dengan LKK PAS Kawasan Subang, Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang (DMPKS) dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang (DPPKS).

 

Namun demikian,  misi utama Program Semarak Kasih Ramadhan iaitu menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf diteruskan sebaik sahaja ianya dirasmikan oleh Dr. Rosni Adam, Timbalan Ketua DMPM merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP). Dr. Rosni juga turut serta bersama rombongan LKK DMPM dan Team Medik menyantuni penerima sumbangan.

Alhamdulillah, seramai 220 golongan asnaf telah disantuni sepanjang program ini. Team Medik juga mengambil kesempatan membuat pemeriksaan kesihatan ke atas penerima-penerima sumbangan yang kurang sihat. Semoga dengan ziarah ini, memberi kegembiraan dan dan sinar bahagia buat mereka di bulan Ramadhan ini.

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya’. Melihat keadaan warga emas ini yang mungkin ada yang sebaya ibu ayah kita menghadirkan keinsafan dalam diri. Apakah perasaan kita jika melihat ibu ayah kita yang sudah tua melalui kehidupan yang susah dan serba kekurangan begini. Pastinya kita mahukan yang terbaik buat mereka untuk melalui hari-hari tua mereka. Namun, bagi warga emas ini, mereka hanya dapat mengharapkan belas ihsan dari masyarakat sekeliling yang sudi membantu.

Justeru itu, LKK DMPM menyeru seluruh masyarakat yang berkemampuan bersama-sama dengan kami menghulurkan bantuan bagi mengurangi beban yang mereka tanggung. Semoga dengan bantuan dan sumbangan ikhlas kita mampu memberi sinar bahagia buat mereka melalui hari-hari mendatang.

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah menyalurkan sumbang ke akaun:

MAYBANK 5640 2540 0711 – Dewan Muslimat PAS Pusat

 

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Semoga dengan sumbangan dan usaha kecil ini, besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Jazakumullah Khair Katheera.

Siiru ‘ala Barakatillah.

 

“Sejahtera Bersama Islam”

“Muslimat Memacu Kemenangan”