Home Berita PAS Negeri Sembilan

Simpati mangsa kebakaran rumah pusaka: PAS Negeri Sembilan hulur sumbangan wang tunai

97
SHARE

OLEH: RUSILAH MD SOM

PAROI, 12 Ogos : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan (LKKPN9) dan PAS Kawasan Rembau telah menyatakan rasa simpati dengan mangsa kebakaran rumah pusaka peninggalan ibu bapa mereka dengan menghulurkan sumbangan berupa wang tunai di sini, semalam.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya 2, Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Kamarol Ridzuan Mohd Zain, Pengerusi LKKPN9, Ishak Omar, Ketua Muslimat PAS Kawasan Rembau, Masita Mohamed Ali bertempat di alamat, No 13, Jalan Kenanga 24, Taman Satria, Senawang iaitu tempat kejadian kebakaran.

Menurut salah seorang waris kebakaran, Zuresh Mohamad, dua orang adiknya termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) tinggal di rumah pusaka kesayangan arwah ibunya yang telah mengalami kerosakan yang agak teruk itu.

“Segala perbelanjaan kehidupan kedua-dua adik ini adalah di bawah tanggung saya dan saya amat terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa,” kata Zuresh dalam nada pilu.

Kamarol Ridzuan yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau dan Ishak Omar masing-masing menyampaikan sumbangan RM 200 setiap seorang kepada mangsa kebakaran.

Zuresh mewakili kedua orang adiknya merasa terharu dengan kehadiran wakil PAS dan beliau mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan tersebut.