Sikap ‘Double Standard’ PH Mengecewakan
Beberapa kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Islam PH terhadap Dr Zakir Naik menggambarkan akurnya mereka terhadap hasrat jahat dan arahan daripada kumpulan komponen PH yang beria-ria menghalau Dr Zakir keluar dari Malaysia dan diekstradisi ke India.
Namun sikap dan pendirian yang sama tidak ditunjukkan kepada kelancangan dan pembohongan pemimpin Hindraf yang menuduh secara palsu terhadap kerajaan Malaysia sebelum ini berkaitan kononnya rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam dilayan begitu buruk dan didiskriminasi dalam semua aspek.
Amat jelas sikap ‘double-trouble standard’ yang diamalkan mereka dan menguatkan keyakinan bahawa mereka adalah ‘budak suruhan’ kepada ‘abang long’ dalam PH.
Hujah yang dikemukakan tidak berasaskan fakta yang mantap. Jauh sekali jika dibandingkan dengan kekuatan dan kehebatan hujah oleh Dr Zakir yang bersandarkan AlQuran dan ilmu perbandingan agama berasaskan kitab asal agama yang lain.
Benarlah kata pepatah ‘hanya jauhari yang mengenal manikam’. PAS mengambil pendirian mempertahankan Dr Zakir kerana beliau adalah permata manikam yang sangat berharga yang sukar ditemui dan dicari ganti. Bukan 1 dalam 1000 malah satu manikam yang bersinar dalam ratusan ribu permata yang lain.
#Islam Memimpin Perpaduan
#Islam Memimpin Wanita Sejahtera
Dr Najihatussalehah bt Ahmad
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia
19 Zulhijjah 1440
20 Ogos 2019