Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Signifikan Bahasa Pembawa Mesej Ketuhanan

543
SHARE

(Untuk apa al-Qur’an itu diturunkan kepada Rasulullah saw dalam bahasa Arab?)

“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana,” Surah Ibrahim, 4.

“Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran ancaman dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya,” Surah Maryam, 97.

Ibnu Khaldun di dalam Muqaddimahnya menyebut
‘Tanpa bahasa ibundanya sesuatu kaum tidak mampu meneruskan mesej jati diri bangsanya dan dengan mudah dikuasai kaum yang lain dan sesuatu negara bangsa itu dijajah oleh negara bangsa yang lain. Akhirnya, lahirlah kaum yang celaru identitinya dan hilanglah kebebasan jiwanya’.

Berdasarkan dalil – dalil serta kata hukamak tersebut, maka jelaslah bahawa Allah S.W.T sendiri memberi peringatan jelas kepada hambaNya supaya menguasai bahasa. Hal demikian agar setiap bangsa mampu mamahami perintah Allah S.W.T dengan jelas.

Hari ini, kita melihat masyarakat mengabaikan kepentingan bahasa sendiri sehingga menggagungkan bahasa lain sebagai pembudayaan dalam kehidupan. Lebih menyedihkan apabila penguatkuasaan sistem pembelajaran turut mengabaikan aspek ini.

Jati diri sesebuah masyarakat turut terabai apabila kepentingan bahasa sebagai medium komunikasi utama diremehkan. Keindahan bahasa juga mula tercalar bahkan digunakan secara tidak baik dan teratur dalam percakapan seharian.

Rasululah S.A.W berdakwah menggunakan bahasa yang cukup indah dan sopan sehingga mampu difahami dan dituruti. Sikap ini perlu dicontohi dan diaplikasikan dalam kehidupan kita kerana sesungguhnya bahasa juga pembawa mesej ketuhanan.

Dr UsWah,
Lajnah Pendidikan DMPM

 

{jathumbnail off}