Home Berita PAS Pahang

Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-14 bermula sebentar tadi

163
SHARE

Oleh: RAMLI AWANG

KUANTAN, 23 Ogos :: Mesyuarat pertama penggal ke-4 Sidang Dewan Negeri Pahang ke-14 bermula pagi ini di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang di sini.

Persidangan tersebut bermula dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyempurnakan istiadat pembukaan dengan Titah Diraja.

Sidang Dewan Negeri Pahang di jadual bermula 23hb Ogos 2021 (bersamaan 14 Muharam 1443H) dan akan berakhir pada 26hb Ogos 2021 (bersamaan 17 Muharam 1443H).

Bagi memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19, semua yang terlibat dalam sidang kali ini telah melakukan ujian calitan (swab test) Covid-19 semalam.

Kelihatan tujuh Ahli Dewan Negeri (ADN) PAS hadir ke persidangan pagi ini.

Difahamkan seorang lagi ADN PAS (Tanjung Lumpur) yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berhalangan untuk hadir sidang kali ini kerana terlibat dengan arahan kuarantin Covid-19.