PAS Taman Desa agih 250 bekas Bubur Asyura
Oleh DHIYA’ MUTMAINNAH
BATU, 21 Ogos: PAS Cawangan Taman Desa, Seputeh telah mengagihkan sebanyak 250 bekas bubur asyura kepada penduduk setempat 19 Ogos lalu.
Agihan bubur asyura tersebut bertujuan meraikan Hari Asyura di samping mengeratkan silaturahim dengan masyarakat.
Golongan asnaf dan penduduk yang sedang menjalani kuarantin diri di rumah juga adalah yang turut menerima pemberian bubur asyura tersebut.
Antara yang terlibat dalam pengagihan tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Seputeh, Nor Azmi Mohamed dan Pengerusi Surau Al-Hidayah, Taman Desa, Hassan Talib.
“Semoga dengan agihan bubur asyura ini, penduduk di sini dapat menikmatinya disamping dapat merapatkan lagi ukhuwah kejiranan antara kita”, ujar Nor Azmi.