Home Kenyataaan Media PAS Perak

Siasat Siapa Sembunyi Addendum | Kenyataan Media PAS Perak

103
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK
SIASAT SIAPA SEMBUNYI ADDENDUM

PAS Perak mengikuti perkembangan perbicaraan DS Najib Tun Razak di mahkamah 06 Januari lalu.. Kerajaan Madani ternyata tidak lagi mampu berdolak dalik berkaitan addendum dari SPBY Agong ke XVI setelah disahkan pejabat istana Pahang dan disahkan dalam mahkamah yang membenarkan tuntutan DS Najib.

Apa yang menjadi persoalan ialah mengapa kerajaan cuba menyembunyikan addendum tersebut. Perdana Menteri bersama Menteri Undang Undang dan Menteri Dalam Negeri dilihat cuba mengelak dan melarikan diri dari menjawab pertanyaan ahli Parlimen berkaitan wujud atau tidak addendum tersebut. Keputusan mahkamah ibarat check mate kepada semua helah kerajaan.

Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan terkini dilihat masih berhelah dengan dakwaan kononnya addendum tersebut tidak di terima oleh pihak penjara. Kenyataan ini tidak menghilangkan keraguan sebaliknya menambahkan kepelikkan berkaitan prosuder penyampaian arahan penjawat awam yang ternyata sangat efisyen sebelum ini. Ianya menambahkan kecurigaan berkaitan pihak yang menyembunyikan arahan tersebut.
PAS Perak melihat tindakan menyembunyikan titah Tuanku SPBY Agong ke XVI adalah penderhakaan kepada institusi beraja negara ini dan satu tindakan undang undang sewajarnya dikenakan kepada pihak terbabit. Satu siasatan mesti dilakukan secara telus bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap penguatkuasaan undang undang dan kesetiaan kerajaan yang ada dengan institusi istana.

Sehubungan dengan itu, PAS Perak juga menyarankan agar parti UMNO memikirkan kebersamaan mereka dalam kerajaan yang telah terbukti berniat jahat terhadap seorang bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO. Sudah pasti ahli dan penyokong UMNO kecewa dengan apa yang dilakukan terhadap bekas pemimpin kesayangan mereka.

Sebagai sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan keadilan Islam, PAS telah membuktikan solidariti kepada bekas Presiden UMNO yang dilihat cuba dinafikan hak melalui undang undang negara. Sudah tiba masanya ummat Islam dan Melayu bersatu dalam usaha menegakkan keadilan undang undang dan hak rakyat Malaysia.

“ ISLAM ADALAH PENYELESAIAN ”

YB HJ RAZMAN BIN ZAKARIA
ADN GUNUNG SEMANGGOL
PESURUHJAYA PAS NEGERI PERAK
7 JANUARI 2025 / 7 REJAB 1446H