Home Kenyataan Media PAS Kedah

Siaran Media : Tahniah kerajaan negeri Kedah, semoga terus sejahtera

256
SHARE
SIARAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS KEDAH
TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH, SEMOGA TERUS SEJAHTERA
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam Sejahtera.
PAS Kedah merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah pimpinan YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM43 bilion bagi tempoh suku pertama 2021 meskipun pandemik Covid-19 masih belum menampakkan tanda reda.
Penghargaan juga tidak lupa diberikan kepada semua jentera dan kakitangan kerajaan yang berusaha merealisasikan gagasan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua sejak PAS dan rakan-rakan gabungan menerajui tampuk pentadbiran negeri Kedah setahun yang lalu.
Semestinya dengan pencapaian pelaburan tersebut nikmat ekonomi untuk rakyat Negeri Kedah bakal terbentang luas, di samping menggalakkan anak-anak Kedah kembali berbakti kepada tanah tumpah darah mereka.
Terima kasih juga kepada kepimpinan Kerajaan Pusat yang melihat potensi negeri Kedah untuk melonjak naik selaku hub ekonomi penting di sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia di samping ulung sebagai jelapang padi negara.
Sewajarnya semua rakyat bersyukur di atas kurniaan ini dan berterusan menjunjung perintah amal makruf nahi munkar kerana ianya juga suatu ujian yang berat daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT,
وَاِذْ تَاَذَّنَ رَبُّكُمْ لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”
“اسلام ممڤركوكوه ڤرڤادوان”
YB SENATOR USTAZ AHMAD BIN YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah