πππππ ππππππππ πππππππ?
ππππππ πππ πππππ πππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππππππ πππππ ππππππππ ππππππππππ ππππ.
Pemuda PAS Perak mengikuti rapat mengenai kewujudan titah tambahan (adendum) sejak mula-mula perkara ini menjadi tular dan mendapat liputan meluas daripada pihak media.
Berdasarkan laporan media mengenai pengesahan oleh Istana Pahang tentang kewujudan adendum ini, Pemuda PAS Perak menzahirkan pendirian dan ketegasan berhubung perkara ini untuk diambil serius oleh semua pihak.
Apabila dinyatakan terdapat dakwaan bahawa ada individu dalam kalangan pihak kerajaan yang bertindak menyembunyikan adendum tersebut, perkara ini tidak boleh didiamkan dan Pemuda PAS Perak akan terus bersuara demi prinsip keadilan mengikut lunas undang-undang.
Jika didapati benar, tindakan ini merupakan satu pengkhianatan yang besar dan nyata terhadap institusi diraja dan bercanggah dengan prinsip Rukun Negara kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Insya-Allah, Pemuda PAS Perak menyambut baik kerahan Pemuda PAS Malaysia supaya diadakan laporan polis bagi menyiasat dalang utama dalam isu ini agar dikenakan tindakan undang-undang yang selayaknya kerana menyembunyikan titah ini.
Jika perkara ini dibiarkan, kerajaan akan berdepan dengan situasi sukar dan bakal terpalit dalam isu ketelusan serta integriti. Hilang kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Demi mempertahankan perundangan negara dan menuntut keadilan kepada individu yang teraniaya, kami menggesa siasatan segera dibuat agar tiada pihak yang terlepas dalam isu menyembunyikan kewujudan titah tambahan Tuanku.
“Kita Memimpin”
“Pemuda Negarawan Generasi Sejahtera”
YB AMIN ROSLAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Bertarikh 7 Januari 2025 | 7 Rejab 1446
#KerajaanDerhaka
#DaulatTuanku
#TolakPengkhianat
Home Kenyataaan Media PAS Perak