Home Artikel PAS Selangor

Siapa Kata Orang Tionghua Tak Sokong PAS!

740 views
SHARE

PULAU KETAM – Seramai hampir 120 orang masyarakat cina di Pulau Ketam menghadiri Majlis Hi-tea yang diadakan baru-baru di Dewan JKKK.

Majlis yang diadakan secara kecil kecilan itu dianjurkan oleh Portfolio Non-Malays (PNM) Selat Klang yang diketuai oleh En Azzadin dengan kerjasama PAS Pulau Ketam. Majlis dihadiri oleh YB Dr Halimah Ali ADUN Selat Klang, ketua komuniti masyarakat India Mr Radha krishnan merangkap Timb.Ketua DHPP Selangor, wakil kerajaan dan pimpinan komuniti setempat

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Adun Selat Klang itu dan disusuli dengan acara memotong kek bagi meraikan hadirin yang lahir pada bulan Disember.

YB Dr Halimah didalam ucapanya berkata beliau adalah orang yang pertama mahu melihat masyarakat cina, melayu dan india boleh hidup bersatu padu dan apa yang pentingnya mampu memberi sokongan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Rata-rata hadirin yang hadir menyatakan sokongan mereka terhadap PAS dengan mengisi borang Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan bakal mengekalkan pemerintahan PAS di Dun Selat Klang.

Galeri aktiviti;