Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang | Anjur Munajat Perdana Pertahan Kemenangan DUN Tanjung Lumpur

895
SHARE

Kuantan, 21 Disember – Pas Dun Tg. Lumpur menganjurkan Program Munajat Perdana bagi mempertahankan kemenangan Pas di Dun Tg. Lumpur pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang bakal menjelang bila-bila masa sahaja

Program yang bermula selepas Solat Isyak tadi dianjurkan bersama Usrah Bulanan Pas Dun Tg. Lumpur diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Peramu, Kg. Peramu ini dibawa oleh Ustaz Ismail Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Ngah, Ketua As-Sabiqun Pas Pahang serta diteruskan dengan pengisian usrah.

“Munajat Perdana yang diadakan bukan sekadar bermatlamat memohon pada Allah swt untuk menang pilihanraya tetapi ia sebagai pengisian dan tarbiah kepada ahli Pas Dun Tg. Lumpur khususnya bagi mengisi rohani dan mendekatkan diri dengan Allah bagi mempersiapkan jiwa ahli ke arah kemenangan,” ucap beliau ketika memberi pengisian usrah.

Pas Dun Tg. Lumpur bukan sekadar komited bagi mempertahankan kemenangan kerusi Dun Tg. Lumpur pada PRU14 yang bakal menjelang nanti tetapi turut mempersiapkan ahli dengan program-program tarbiah.