Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Shah Alam Tuan Rumah Muktamar DMPP ke 63

31
SHARE

Oleh: Nurul Ashidah Johari

SHAH ALAM, 18 Oktober – Dewan IDCC Shah Alam menjadi tempat berkumpul kali ni bagi Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 63.

Berduyun-duyun para perwakilan memenuhi dewan muktamar dengan uniform rasmi hijau putih anggun, sopan lagi bergaya masuk ke dewan.

Para perwakilan dan pemerhati datang dari pelbagai pelusuk negeri dengan satu hati, satu niat dan satu jihad untuk bermuktamar.

Muktamar medan ukhwah, medan untuk bermusahabah dan medan untuk merancang strategi bagi menghadapi agenda yang telah dirancangkan.

Penyatuan Ummah Menuju Kemenangan dipilih sebagai tema muktamar tahunan kali ini.