Home Berita PAS Wilayah

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan diberi penghargaan

188
SHARE

KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) bagi sesi 2019-2021 dan 2021-2023 telah diberikan penghargaan dalam sidang Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan kali ke-40 yang berlangsung pada 26 Mac 2023 di Hotel Adamson.

Penghargaan tersebut telah diserahkan oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Mardhiah Hayati Zolkeplai sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen, kesungguhan dan kerjasama yang telah diberi oleh semua Setiausaha DMPK sepanjang 2 penggal itu.

     

    

Turut diraikan Penolong-penolong Setiausaha DMPWP sesi 2019-2021 iaitu Faizah Pakhrurazi dan Rahimah Mohamad yang telah menjadi tulang belakang yang banyak membantu dan memudahkan segala urusan dan kerja-kerja sekretariat.

Mardhiah berharap semua Setiausaha DMPK yang kebanyakannya kekal akan terus cemerlang pada masa akan datang, dan memperbaiki segala kekurangan yang ada untuk menjadi yang terbaik dalam aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi.

Beliau juga berharap Setiausaha DMPK yang baru dilantik untuk sesi 2023-2025 dapat melaksanakan amanah ini sebaiknya.