Home Kenyataaan Media PAS Perak

Setelah Setahun Surat Adendum Dipersoal, Hari Ini Pemimpin Umno Bicara Tentang Pertahan Kedaulatan Raja Raja Melayu

94
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

Setelah Setahun Surat Adendum Dipersoal, Hari Ini Pemimpin Umno Bicara Tentang Pertahan Kedaulatan Raja Raja Melayu

Merujuk kepada kenyataan Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan UMNO menerima nasihat YDPA dan menyokong pembatalan perhimpunan solidariti Najib, terdapat beberapa perkara yang perlu dijelaskan:

  1. Kuasa dan Hak YDPA

Adalah jelas bahawa pemberian pengampunan atau pengurangan hukuman adalah hak dan kuasa eksklusif Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan. Tidak ada keperluan untuk membuat kenyataan yang seolah-olah mempersoalkan hak ini atau memberi gambaran bahawa sokongan politik terhadap satu pihak tertentu akan mempengaruhi keputusan Baginda. Semua pihak sepakat berkaitan kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

  1. Pendekatan UMNO

Jika benar UMNO menghormati institusi Raja-raja Melayu dan tidak “menderhaka,” mengapa mereka mengambil masa setahun untuk bersuara tentang keadilan kepada Datuk Seri Najib? Sikap kepimpinan UMNO berkepentingan yang hanya menyuarakan isu ini apabila ia memberi manfaat politik kepada mereka menimbulkan tanda tanya terhadap keikhlasan mereka.

  1. Solidariti Bersama Rakyat

PAS dan NGO lain mengambil pendirian untuk memperjuangkan keadilan tanpa mengira perbezaan parti politik. Dalam hal ini, ia adalah menuntut keadilan sejagat,  tidak timbul  soal ‘derhaka’ sebaliknya menunjukkan kesetiaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkaitan addendum yang di dakwa wujud. Seharusnya UMNO lebih utama menuntut penjelasan berkaitan tuntutan DS Najib demi keadilan dan hak bekas presiden mereka.

Hakikatnya, keadilan mesti ditegakkan, dan keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong perlu dihormati tanpa syarat. Pendirian PAS jelas,  mendukung prinsip keadilan dan keluhuran perlembagaan dengan memastikan tiada unsur politik sempit mengaburi keadilan sebenar.

“ ISLAM ADALAH PENYELESAIAN ”

YB HJ RAZMAN BIN ZAKARIA

ADN GUNUNG SEMANGGOL

PESURUHJAYA PAS NEGERI PERAK

5 JANUARI 2025 / 5 REJAB 1446H