Home Kenyataan Media Dewan Ulamak PAS Pusat

Seruan Untuk Solat Hajat Dan Qunut Nazilah Diatas Pembantaian Terhadap Umat Islam Rohingya

617
SHARE

KENYATAAN MEDIA KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

“SERUAN UNTUK SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH DIATAS PEMBANTAIAN TERHADAP UMAT ISLAM ROHINGYA

Kekejaman tentera Myanmar yang sedang melakukan penghapusan etnik dengan menyeksa serta membunuh seramai mungkin masyarakat Islam Rohingya berterusan sehingga kini. Etnik Muslim Rohingya terus dizalimi bahkan mereka telah dinafikan hak kewarganegaraan serta mereka dianggap sebagai penceroboh sedangkan mereka telah menetap di situ berabad lamanya.

Kewajipan mempertahankan saudara-saudara kita di sana adalah wajib dan terpundak di bahu kita semua tanpa mengira jenama politik. ASEAN, OIC dan PBB mesti bertegas dan melakukan sesuatu khasnya dalam sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan berlangsung pada pertengahan September ini di New York.

Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh umat Islam untuk membantu melalui apa jua saluran yang mampu. Para Khatib hendaklah mengajak umat Islam agar mendoakan saudara kita di sana pada setiap kali khutbah jumaat. Solat hajat dan qunut nazilah wajib dilaksanakan di semua peringkat dalam usaha kita menentang sebarang kekejaman yang telah dilakukan. Hal ini juga selari dengan seruan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang menyeru agar para khatib membaca khutbah khas sebagai solidariti kepada umat Islam Rohingya.

Sesungguhnya kezaliman tidak akan berpanjangan dan akan tiba suatu masa hari kehancuran musuh umat Islam. Allah berfirman:

Maksudnya: “Dan hari-hari (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah ingin memberi bukti kebenaran kepada orang beriman dan menjadikan di antara kamu sebagai syuhada’. Allah tidak menyukai orang-orang yang berlaku zalim”.(Aali-Imran:140)

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

“MEMBINA NEGARA SEJAHTERA”

*USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

17 Zulhijjah 1438H / 8 September 2017