Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh
Oleh : Umar Al-Hayawi
Sungai Buloh | Sumber Berita Media Sosial PAS Kawasan Sungai Buloh menyatakan, vaksin bukan ubat tapi ianya membantu untuk meningkatkan imunisasi badan seseorang untuk melawan penyakit. Contohnya, ketika disekolah rendah kita disuntik BCG untuk mengelakkan jangkitan penyakit Tuberkulesis.
Sambungan kenyataan tersebut mentuturkan “Ikhtiar Kerajaan dengan mensasarkan 80% rakyat Malaysia divaksin covid-19 perlu disambut dengan baik. Ujian klinikal pakar-pakar dalam kerajaan telah mengesahkan ianya selamat dan berfungsi untuk membantu badan melawan covid”.
“Usah terpengaruh dengan gerakkan anti-vaksin kerana ianya merugikan dan membahayakan kelompok masyarakat bila penularan tidak terkawal” sambung mereka lagi.
Bersama kita membantu diri kita dan masyarakat. Lockdown diri kita dan bersama memutuskan rantaian penularan. Insya Allah kita boleh.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor