Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh
Oleh : Umar Al-Hayawi
Sungai Buloh | Bilangan kes harian Covid-19 negara kita sudah meningkat keangka 9 ribu ke atas. Negeri Selangor juga masih jauh meninggalkan negeri-negeri lain dengan memiliki angka tertinggi kes harian. Hospital-hospital turut kehabisan tempat untuk menempatkan pesakit-pesakit Covid-19.
Sumber Berita Perdana Negara melaporkan 90 orang positif akibat rentas negeri untuk menyambut Aidilfitri, kita rakyat Malaysia harus berganding bahu bersama dengan para frontliners dan kerajaan dalam haluan kita untuk memutuskan rantaian COVID-19, iaitu dengan cara bersabar daripada balik ke kampung, ziarah-menziarahi dan sebagainya.
Memetik kenyataan media PAS Kawasan Sungai Buloh, mengingatkan kembali saranan KKM agar semua amalkan “self lockdown”. “kita belum menang lagi melawan pendamik ni. Jom sama-sama meningkatkan displin kendiri untuk memutuskan penularan covid ni dengan duduk dirumah” sambung kenyataan mereka.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor