𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
𝐒𝐄𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
PAS Perak mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh ummat islam khasnya warga Perak. Bulan Ramadan adalah bulan tarbiah jiwa untuk menjadi orang bertaqwa. Bulan Ramadan juga mengingatkan kita agar mensyukuri nikmat yang diperolehi di samping merasai kesusahan saudara seagama.
Umat Islam di negara kita menyambut Ramadan tahun ini beserta dengan pembukaan sekolah. Pasti banyak perbelanjaan yang diperlukan oleh ketua keluarga. Ramadan juga beerti ketua keluarga terpaksa menyediakan belanja untuk menyambut Aidilfitri. Semua ini memberi tekanan kepada seorang ketua keluarga untuk bekerja lebih kuat.
PAS Perak sempat meninjau keadaan rakyat yang sangat memerlukan bantuan. Kesemua 17 Pusat Khidmat ADUN PAS bersama 4 MP menerima pelbagai permohonan dari rakyat di kawasan masing masing. Sebagai ADUN dan MP pembangkang yang banyak dinafikan bantuan kerajaan, kami sekadar membantu mengikut kemampuan.
PAS Perak menyeru kerajaan menguruskan ekonomi rakyat dengan menumpukan bantuan khasnya menghadapi idulfitri. Dengan tekanan kenaikan harga barang yang sangat tinggi selain keperluan seperti beras tempatan yang kurang di pasaran, ia semakin menyusahkan hidup rakyat.
Sehingga kini belum ada usaha mengatasi kenaikan harga barang di buat oleh kerajaan selain melakukan jualan sempena Menteri turun kawasan. Rakyat terpaksa berebut untuk mendapatkan keperluan yang sangat terhad. Ini menunjukkan kerajaan gagal berfungsi menyediakan kehidupan rakyat dengan selesa.
PAS Perak sekali lagi berharap kerajaan dapat menyediakan satu solusi terhadap bebanan tanggungan rakyat khasnya menyambut idulfitri selepas bergelut menyediakan keperluan persekolahan anak anak.
Semoga umat Islam khasnya di Perak di beri kesabaran melalui Ramadhan dengan penuh ketaatan.
“ 𝐀𝐃𝐈𝐋 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 ”
𝐘𝐁 𝐇𝐉 𝐑𝐀𝐙𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐑𝐈𝐀
𝐏𝐄𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐉𝐀𝐘𝐀
𝐏𝐀𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
𝟏𝟑 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒/ 𝟐 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇