Home Berita PAS Sabah

Niat kerana Allah rahsia perjuangan

27
SHARE

 


 

Oleh : Nur Marlyannah Umar
13 Mac 2024

LAHAD DATU : Sentiasa perbetulkan niat perjuangan kerana Allah adalah rahsia antara seorang pejuang dengan tuhannya.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Lahad Datu, Ramli Pataruddin, niat juga adalah sumber utama untuk mendapatkan pertolongan daripada Allah.

“Tanpa ikhlas atau niat yang betul dalam perjuangan ini, biarpun hebat pengaruh, publisiti yang berjaya dicapai, ia akan memulangkan mudharat besar kepada diri dan jemaah, tegasnya lagi.

“Hilang keberkatan dan kelazatan berjuang, selanjutnya ia mengheret jemaah dalam konflik dalaman dan kemuncaknya ialah Allah SWT menangguhkan jadual kemenangan, tambahnya lagi,” katanya dalam ucapan perasmian, Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Aman Jaya kali ke-13, Ahad lalu di SThai Ballroom.

Ramli turut memaklumkan, niat perjuangan yang betul ialah apabila kita berjuang hanya kerana Allah , demi mencari keredhaan dan menegakkan syariat di bumi bertuah ini, bukan kerana nama, pengaruh, jawatan dan pujian semata-mata.

Seramai 50 orang ahli hadir dalam mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh enam perwakilan bagi setiap entiti dalam PAS cawangan tersebut.

Turut diraikan mahasiswa cemerlang, ahli yang menimang cahaya mata pertama dan inisiatif PAS cawangan memberikan saguhati kepada ahli jemaah yang kehilangan keluarga terdekat.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Ketua PAS Cawangan Aman Jaya, Ustaz Mat Zaki Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Lahad Datu, Landari Labobo dan Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Kanizam Kamis.