Home Berita PAS Negeri Sembilan

#Serting | Ziarah Kasih Asnaf Generasi Ke-2 FELDA

1146
SHARE

OLEH: RUSILAH MD SOM

SERTING, 14 MAC: Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Jempol, Al Zukri Mohd Yassin mengadakan program Ziarah Kasih serta menghulurkan sumbangan kepada asnaf generasi kedua di Felda Raja Alias di sini, kelmarin.

Turut bersama pimpinan PAS Kawasan Jempol kali ini ialah AJK PAD Cawangan Raja Alias 3, Arbain Ahmad serta AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Jempol, Noridah Sharif telah menyantuni 5 buah keluarga asnaf sekitar DUN Serting, Parlimen Jempol.

Antaranya, Norhafiz Jaafar dan Hanafiah Minhat yang mengalami kecacatan akibat kemalangan jalanraya, Fauziah Ahmad yang hilang penglihatan akibat penyakit kencing manis kronik adalah penerima sumbangan barangan dapur dan juga sedikit wang belanja.

Manakala seorang ibu tunggal yang turut diziarahi dan menerima sumbangan barangan dapur serta wang tunai ialah Zuzy Berhad, mempunyai seorang anak OKU yang belajar dalam Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Bandar Seri Jempol.

Sesi ziarah sambil menghulurkan sumbangan Al Zukri bersama pimpinan PAS di rumah seorang penyokong tegar PAS, Abd Halim Sabri, turut menerima aduan bahawa yuran persekolahan anaknya masih tertunggak dan minta jasa baik PAS untuk membantunya.

Al Zukri Mohd Yassin yang juga merupakan Pengarah Pilihanraya PAS DUN Serting menyeru lebih ramai dermawan menghulurkan sumbangan untuk disalurkan kepada insan-insan yang benar-benar memerlukan agar dapat mengurangkan bebanan dan masalah kewangan yang mereka hadapi.