Home Naib Presiden 3

Serangan Di London Dikutuk

1,068 views
SHARE

Kenyataan Media

SERANGAN DI LONDON DIKUTUK


Serangan di Kota London baru-baru ini yang telah mengorbankan 7 orang awam serta mencederakan puluhan yang lain adalah dikutuk. Serangan itu merupakan serangan kedua dalam tempoh kurang dari sebulan.

Serangan pertama adalah pada 22 Mei lepas di Manchester yang mengorbankan 22 orang.

Islam adalah agama keamanan yang menentang segala bentuk keganasan dan melarang pembunuhan orang awam.

Maka, serangan di Kota London itu jelas menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.

Malah di dalam peperangan, wanita, kanak-kanak dan paderi tidak boleh dibunuh atau dicederakan. Rumah-rumah ibadat seperti gereja dan kuil juga tidak boleh dirobohkan. Tumbuh-tumbuhan tidak boleh dimusnahkan.

Dengan itu, masyarakat dunia diseru agar tidak terpengaruh untuk mengaitkan Islam dengan serangan-serangan seperti yang telah berlaku di London dan Manchester kerana ia tidak melambangkan Islam yang sebenar.

Islam adalah agama yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan.

Di Malaysia, PAS memilih wadah ‘Muwajahah Silmiyyah’ iaitu pendekatan keamanan melalui pilihan raya. PAS menolak sama sekali sebarang unsur-unsur kekerasan, ekstremis dan perkauman.

YB Dato’ Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
11 Ramadan 1438H | 6 Jun 2017

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1067502493383075&id=442134585919872

{jathumbnail off}