Home Berita PAS Sabah

Seramai 1,168 murid terima sijil tamat persekolahan

891
SHARE

Oleh : Nur Syarifah Ariffin
14 Februari 2023

TAWAU: Seramai 1,168 orang murid 6 tahun PASTI menerima sijil tamat persekolahan dalam Majlis Anugerah Prestasi PASTI Tawau sesi 2022 di Dewan Masyarakat Tawau, Ahad lalu.

Seramai lebih 4,000 orang hadir memeriahkan majlis itu yang dijalankan dua sidang iaitu pagi dan petang.

Sidang pagi telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Sabah, Ustaz Rosli Hasani.

Menurutnya, PAS kita bukan sahaja menekankan bab politik tapi juga sangat menekankan pendidikan yang berkualiti buat masyarakat.

“Ini kerana, kami ingin melahirkan permata ummah yang kita boleh gilap dengan hiasan agama,” ujarnya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Tawau.

Sementara itu, sidang petang pula dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Tawau, Amboasse Ramano.

Dalam ucapannya, beliau menekankan agar ibu bapa terus mencari pendidikan terbaik buat anak-anak apabila keluar dari PASTI.

“Guru-guru telah berusaha menerapkan nilai Islam dalam diri anak-anak kita dari seawal usia ini, maka selebihnya adalah tugas kita sebagai ibu bapa yang berperanan besar mencari pusat pendidikan terbaik selepas tamat persekolahan di PASTI,” ujarnya.

Majlis telah menganugerahkan pelajar Tunas Mumtaz kepada NurHafizatul Izzah Mohd Firdaus daripada PASTI An Naufal Kunak, Anugerah Tunas Huffaz kepada Nur Izzah Insyirah Sipaing daripada PASTI Nurul Haq Taman kinabutan Ria.

Manakala bagi Anugerah Tunas Celik Cerdas diberikan kepada Ulfat Ahmad Zeb daripada PASTI Nurul Ain Batu 2 Japan Apas.