Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Serahan Sumbangan Kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

825
SHARE

17 September 2017, Kuala Lumpur : Pilu dan sayu masih terasa menyelubungi perkarangan sekitar bangunan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato’ Keramat Kuala Lumpur. Kebakaran yang telah mengorbankan 21 orang anak syurga itu serta 2 orang guru mereka, sangat meruntun jiwa bukan sahaja di kalangan ahli keluarga mereka, bahkan seluruh rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan punya rasa kasih dan sayang kepada anak-anak Tahfiz.

Pagi ini, Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bersama rombongan DMPM telah menziarahi Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bagi menyerahkan kutipan sumbangan dari orang ramai. Bermula dari hari kejadian iaitu pada 14 September yang lalu sehinggalah ke saat ini, LKK DMPM masih tidak sunyi dari menerima pesanan whatsapp dari para dermawan yang sangat prihatin menghantar sumbangan.

Sumbangan tersebut telah diserahkan sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat iaitu Ustazah Nuridah Bt Mohd Salleh. Turut hadir bersama semasa penyerahan sumbangan ialah Naib Ketua DMPM, Puan Salamiah, Ketua Penerangan DMPM merangkap Ketua DMPN Selangor Ustazah Wan Hasrina, Ketua LKK DMPM Dr. ‘Uyun Abdul Malek, YB Ustazah Hajjah Siti Aishah binti Ghazali selaku Ketua DMPN Kedah, Puan Fazilah Ketua DMP Negeri Sembilan, Puan Latifah Ketua DMPN Perlis serta beberapa AJK DMPM yang lain.

Sumbangan diserahkan kepada Ustaz Zulkifli dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. LKK DMPM dengan itu, mewakili pihak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menyampaikan ucapan jutaan terima kasih dan Jazakumullahu Khairan Katheera kepada semua penyumbang dan para dermawan yang berhati mulia. Hanya Allah SWT yang dapat membalas sumbangan serta keprihatinan ikhlas orang ramai itu dengan sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.

Kepada yang masih sudi untuk menghulurkan bantuan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ini, pihak LKK DMPM masih mengalu-alukan sumbangan anda untuk mereka sampaikan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Dewan Muslimat PAS Pusat :

MAYBANK: 5640 2540 0711

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Jazakumullah khairan katheera.

#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan