Home Berita PAS Wilayah

Serahan Hamper Aidilfitri PAS Bukit Bintang

1051
SHARE

BUKIT BINTANG, 2 Jun 2019 – Ziarah Mahabbah kepada 10 buah pejabat penjawat awam dan swasta di Parlimen Bukit Bintang telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua PAS Kawasan Bukit Bintang Hj Mohd Azemi Azman Johari bermula pagi sehingga tengah hari tadi.

Sumbangan hamper aidilfitri itu adalah hasil sumbangan orang ramai yang prihatin dan cakna kepada penjawat awam serta kakitangan swasta yang sentiasa berusaha menjaga keselamatan masyarakat tidak kira masa dan ketika.

Program anjuran PAS Cawangan Jalan Masjid India itu turut dihadiri oleh YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh selaku Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan.

Ketua PAS Cawangan, Mohd Ridzuan Aripin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua penjawat awam dan kakitangan muslim di hospital swasta yang bekerja pada Hari Raya Aidilfitri nanti, dan mengharapkan hubungan baik di antara PAS dan masyarakat terus kukuh dari masa ke semasa.

Antara lokasi pejabat yang diziarahi adalah Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Hospital Tung Shin, Kereta Api Tanah Melayu Berhad, Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Balai Polis Chow Kit dan beberapa buah pejabat yang berdekatan.