Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Serahan bakul makanan di kawasan pkpd bayan lepas

210
SHARE

KENYATAAN MEDIA

PEMUDA PERIKATAN NASIONAL NEGERI PULAU PINANG

Ahad | 06 Jun 2021

SERAHAN BAKUL MAKANAN DI KAWASAN PKPD BAYAN LEPAS

Pemuda Perikatan Nasional Pulau Pinang telah menyerahkan 50 bakul makanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diserahkan kepada penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bayan Lepas. Sumbangan bakul makanan ini diserahkan kepada wakil JKM di Bilik Operasi JKM yang beroperasi di Dewan Serbaguna Bayan Lepas.

Sumbangan daripada Perikatan Nasional negeri Pulau Pinang kepada penduduk yang berada di kawasan PKPD akan menyusul dalam masa terdekat. Kami dimaklum oleh pegawai tersebut terdapat lebih 2,300 keluarga dalam kawasan PKPD ini dan dianggarkan 10,000 orang di dalamnya.

Bakul makanan yang diterima akan diserahkan kepada mereka mengikut keutamaan berdasarkan rekod JKM. Kami juga mendapat maklumat dari sumber lain yang menyatakan terdapat kedai- kedai yang berada di dalam kawasan tersebut semakin kurang bekalan asas untuk dijual.

Kami ingin mengajak orang ramai yang berkemampuan untuk sama-sama menyumbang dan membantu mereka yang berada di kawasan PKPD Bayan Lepas ini. Segala sumbangan boleh terus ke bilik operasi JKM yang terletak di Dewan Serbaguna Bayan Lepas bersebelahan Balai Polis Bayan Lepas.

Semoga sumbangan yang dilakukan dapat meringankan beban mereka di kawasan PKPD. Sekian, terima kasih.

 

MOHD FARHAN BIN YUSRI
Ketua Pemuda
Perikatan Nasional Negeri Pulau Pinang