Home Berita PAS Selangor

Serahan 187 borang keahlian baru DHPP Selangor – Ketua Penerangan DHPP Selangor

2
SHARE

May be an image of 1 person and standing

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : Sdr. Harii @ Khana

Ketua Penerangan DHPP Selangor

KUALA LUMPUR, 14 September – Dato K. Deepakaran selaku Ketua DHPP Selangor telah menyerahkan sebanyak (187) borang keahlian baru DHPP peringkat negeri Selangor. Borang tersebut di serahkan kepada Pn. Kavita yang merupakan Urusetia DHPP PAS Pusat di Pejabat Agung, Jalan Raja Laut hari ini.

Setakat tarikh hari ini, jumlah keahlian DHPP Selangor ialah seramai 3018 ahli keseluruhannya.

Kejayaan ini tidak berhenti setakat ini namun di bawah pimpinan Dato K.Deepakaran dan juga AJK-AJK DHPP Selangor yang lain akan terus berusaha untuk menambah seramai mungkin keahlian baru dan menjadikan satu keluarga besar bagi PAS Selangor.

Dengan ini membuktikan bahawa Parti PAS menerima masyarakat non muslim dengan slogan “PAS FOR ALL”.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor