
Oleh : PAS Kawasan Selayang
Selayang Care di bawah kendalian PAS Kawasan Selayang dan beberapa NGO lain telah melakukan Serahan 1000 Unit Face Shield & Cool Box Di Pejabat Kesihatan Daerah Gombak & hospital Selayang.

Ini bagi membantu Hospital dan Klinik Kesihatan Daerah yang telah kehabisan stok atau kekurangan stok. Sedikit sebanyak dapat meringankan lagi tugasan-tugasan yang dipikul oleh Frontliners Negara.

Serahan ini adalah hasil kerjasama Universiti Teknikal Melaka (utem), Muslim Care & Selayang Care yg turut di hadiri oleh wakil ahli lembaga pelawat hospital selayang Tn Hj Azizan Razak & Tn Fakhrul Ariff.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor