Home Artikel PAS Pahang

Penghidap Parkinson dapat perhatian PAS DUN Tioman

356
SHARE

10 Oktober 2020
Penulis: Khairul Nizam Mi

Kuala Rompin :: PAS DUN Tioman bersama Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Haji Yunus Bin Ramli telah menziarahi penghidap parkinson, Mohd Ridzuan Bin Ahmad dalam rutin ziarah mingguan di Taman Indah, Kuala Rompin.

Mohd Ridzuan yang merupakan pesara BOMBA hanya bergantung kepada susu tepung Ensure Gold kerana tidak dapat makan makanan ruji seperti nasi.

Beliau sangat memerlukan kos yang banyak untuk membeli keperluan susu tersebut sekitar RM680 sebulan.

PAS DUN Tioman mengalu alukan kepada masyarakat untuk sama menyumbang membantu beliau. Sumbangan boleh di salurkan ke Akaun Maybank Mohd Ridzuan Bin Ahmad 1060 3406 7691.