Home Berita PAS Pahang

Sepatutnya tawaran kepada peneroka lebih baik lagi

541
SHARE

 

Persatuan Profesional Muslim Malaysia (PPMM)  menyambut baik apa saja tawaran kerajaan yang boleh meringankan dan bersifat mendahulukan kebajikan warga Felda secara keseluruhannya.

 

Malah, dengan reputasi yang dipunyai konglomerat itu, PPMM menjangka pihak kerajaan berupaya menawarkan nilai yang lebih baik daripada apa yang telah diumumkan Perdana Menteri (PM).

 

Pengerusi PPMM Hamdan Abdullah berkata, pihaknya berharap tawaran yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib semalam bukanlah bersifat politik kerana diumumkan pada Hari Peneroka atas sifat sebagai PM bukannya Presiden Umno.

 

“PPMM berharap tawaran-tawaran untuk kesejahteraan rakyat seperti ini bukanlah sebagai gula-gula politik oleh BN yang sekarang ini sedang menguasai kerajaan.

 

“PPMM tanpa prejudis, yakin parti-parti politik lain juga boleh tawarkan berbagai insentif dan initiatif untuk kemajuan dan kesejahteraan rakyat jika mereka diberi mandat memerintah di peringkat persekutuan oleh majoriti rakyat terutamanya masyarakat Felda yang menyumbang lebih 50 kerusi Parlimen,” katanya dalam kenyataan media yang diedarkan.

 

Beliau mengulas tawaran ‘durian runtuh’ yang diumumkan Najib sempena hari Peneroka di Putrajaya semalam

 

“PPMM sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan boleh menawarkan insentif-insentif yang jauh lebih baik jika isu-su kerugian FGV (Felda Global Ventures) dan anak-anak syarikat yang lain tidak seteruk yang telah berlaku di mana menunjukkan ada kegagalan di pihak pengurusan yg sepatutnya tidak dibiarkan oleh kerajaan BN.

 

“Oleh itu PPMM yakin kerajaan boleh untuk terus menghapuskan hutang-hutang peneroka dan membantu sepenuhnya proses tanam semula dengan pembiayaan yg lebih mesra,” ujarnya. 

 

Semalam Najib mengumumkan enam tawaran kepada warga Felda menandakan PRU semakin hampir. Antaranya hutang bayaran insentif khas bernilai RM5 ribu kepada setiap peneroka setiap peneroka bermula ogos dan hutang tanam semula berjumlah RM5 ribu dilupuskan.

 

Selain daripada itu, baki pinjaman saham FGV oleh peneroka dilupuskan manakala Felda juga akan meluluskan lebih satu unit rumah di atas satu tanah didiami peneroka. 

 

Pada PRU 13, Najib turut mengumumkan durian runtuh sebangak RM15,000 dikongsi peneroka, isiteri dan anak-anak. Selain itu generasi kedua Felda ditawarkan rumah.

 

Namun kebanyakan projek perumahan generasi kedua Felda terbengkalai dan tidak dihuni di seluruh negara.