Home Artikel PAS Perlis

PAS Perlis Santuni Nur Hidayah Low

652
SHARE

 

PADANG BESAR : Baru-baru ini telah menjadi isu panas di dalam media sosial dan menjadi topik hangat yang diperkatakan di kedai-kedai kopi berkaitan mualaf yang bernama Nur Hidayah Low.

Beliau yang merupakan seorang ibu tunggal diberitakan sedang dilanda kesempitan hidup serta dikatakan berhasrat untuk kembali ke agama asalnya.

Bagi mendapatkan khabar sebenar berkenaan isu tersebut, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, YB Cikgu Mohd Shukri Bin Ramli serta beberapa orang AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis mengambil inisiatif menziarahi Nur Hidayah Low yang menetap di Bukit Keteri, Chuping, Perlis.

Turut serta dalam program ziarah berkenaan ialah Tuan Haji Abd Rahim Bin Abdullah, YDP Perkim Cawangan Perlis dan Imam Masjid Bukit Keteri.

Menurut YB Cikgu Mohd Shukri Bin Ramli, ziarah ini bertujuan menyantuni Nur Hidayah Low yang berada dalam kesusahan selain bertujuan mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan keadaan sebenarnya.

Hasil lawatan tersebut, pihaknya mendapati, sebahagian besar daripada maklumat yang telah tersebar berkenaan keadaan Puan Nur Hidayah Low adalah tidak tepat.

Pada kesempatan itu juga, PAS Perlis telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Nur Hidayah Low bagi membantu meringankan beban yang sedang ditanggunginya. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang.

Selain itu, YB Cikgu Mohd. Shukri Ramli turut memuji tindakan pantas yang diambil oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs) dalam menangani isu ini.

{jathumbnail off}