Home Berita PAS Terengganu

Sentiasa bersedia tanpa kira jawatan

35
SHARE

MARANG – Walaupun berusia 80 tahun, penerima ‘Anugerah Jasamu Dihargai’ tetap  bersemangat dan bersedia menggalas amanah tanpa mengira jawatan yang diberikan akan dipikul semampu mungkin.

Azizah Mohd Yusof yang mula  terlibat dengan gerak kerja Parti Islam SeMalaysia (PAS) sejak tahun 1988 dengan bermula dari cawangan dan pada tahun 1998, diberi amanah dalam jawatankuasa negeri.

Menceritakan sepanjang penglibatannya bersama gerakan Islam itu, mesra dipanggil Kak Zah Yunan juga  pernah dilantik sebagai bendahari Dewan Muslimat PAS Marang (DMPKM) dimasa yang sama mengetuai Hal Ehwal Wanita(HALWA) DUN Rhu Rendang.

“Sebagai bendahari, biasalah duit kita, duit  jemaah, buat program tak cukup duit, kita guna duit kita,

” Masa jadi Bendahri DMPKM diamanahkan sebagai  Ketua Naqibah DMPKM, jadi naqibah,  jadi jugak ‘driver’, guna kereta sendiri, bawa naqibah-naqibah untuk dihantar ke tempat usrah, Kak Zah paling jauh, tempat atau cawangn ‘last’ sekali,

“hala(laluan) balik pula ambil pula naqibah-naqibah tadi hantar balik ke rumah masing-masing ,  kita ‘last’ (akhir) sekali balik rumah,” ujarnya yang memiliki lesen memandu di usia 18 tahun dan ketika memandu  kereta arwah ayah .

Ibu tunggal kepada lima orang anak serta 27 cucuitu berkata demikian ketika dihubungi semalam  mengulas anugerah yang diterima sempena  Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu kali ke-51 di Dewan Maahad Tahfiz Al-Busyra, Pengadang Baru di sini pada sabtu, 8 Jun.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya II, PAS Terengganu Dato’ Saiful Bahri Mamat.

Pencalonan penerima Anugerah Jasamu Dikenang ini diterima dari setiap kawasan dan dinilai mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Kak Zah yang tidak berhenti – henti melahirkan rasa kesyukuran masih mampu bergerak cergas walaupun tidak seperti dulu dan kini dilantik sebagai Timbalan . Ketua As-Sabiqat DMPKM.

Dalam kesibukan dengan tugasan jemaah, beliau turut menjadi perawat perubatan Islam  yang diasaskan oleh Almarhum Dato’ Tuan Guru Dr. Haron Din.

“Dulu Kak Zah betugas merawat, lebih kurang sudah 16 tahun  di Darul Syifa’ Kuala Ibai, kemudiannya di Darul Syifa Al – Busyra sehingga sekarang,

“Bermula tahun  ini  hanya membantu urusan – urusan pejabat sahaja dan  merawat bila ada pesakit yang buat temujanji, ” katanya  yang masih lagi mampu memandu.