Home Berita PAS Perak

Pasukan Bola Sepak SRITI Al-Muttaqin bersinar di MSSD Larut Matang dan Selama

123
SHARE

KAMUNTING, 13 JUN: Pasukan bola sepak SRITI Al-Muttaqin (SAM FC) mencatat pencapaian yang sangat membanggakan dalam MSSD Larut Matang dan Selama baru-baru ini.

Dalam pertandingan yang diikuti oleh 32 buah sekolah, SAM FC berjaya meraih tempat ketiga (gangsa), menyemarakkan nama sekolah dengan pencapaian gemilang mereka.

Ketua Jurulatih SAM FC, Ustaz Bukhari berkata semua kejayaan buat sekolah ini adalah merupakan hasil Kerjasama pasukan bersama Timb Ketua Jurulatih, Ustaz Zulhafiz, Ketua Fisioterapi, Ustaz Amir dan barisan pengurusan guru SRITI Al-Muttaqin.

“Salah satu faktor utama di sebalik kejayaan ini adalah kecemerlangan pemain tengah mereka, Khalif, yang telah dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik dalam pertandingan di peringkat daerah.

“Prestasi cemerlang Khalif tidak hanya memberi dorongan kepada pasukan, tetapi juga menjadi inspirasi bagi bakat-bakat bola sepak tempatan.

“Kejayaan Khalif tidak berhenti di peringkat tempatan, kerana beliau telah terpilih untuk mewakili Malaysia mewakili Malaysia U12 bawah Program FAM (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam kejohanan COPA BELLMARE 2024 di Tokyo, Jepun.

“Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 20 Jun ini, dan Khalif bersama-sama pasukan kebangsaan akan berusaha untuk menampilkan kemahiran terbaik mereka di peringkat antarabangsa dalam mengharumkan nama negara, diri, sekolah dan keluarga,” jelasnya lagi.

Kejayaan yang diraih oleh Pasukan Bola Sepak SRITI Al-Muttaqin tidak hanya membanggakan sekolah, tetapi juga menunjukkan potensi besar dalam membangunkan bakat-bakat bola sepak di peringkat daerah dan kebangsaan.