Home Berita PAS Sabah

Seni dan hiburan antara kaedah dakwah ulama’ silam

1203
SHARE

Oleh : Anna Tan

Tawau : Seni dan hiburan merupakan salah satu daripada kaedah dakwah yang digunakan oleh para ulama dalam mengembangkan ajaran Islam.

Malah, AJK PAS Pusat , Dr Ustaz Riduan Mohamad Noor berkata, semenjak zaman ar-Rasul bagaimana hiburan Islam mendepani hiburan bercitra kufur yang digerakkan oleh an-Nadhar bin al-Harith , Kaab bin Asraf dan lain-lain lagi.

Beliau berkata , manakala di rantau ini , ulama memahami latar belakang penganut Islam serta kecenderungan masyarakat nusantara yang mesra dengan hiburan kerana sebelum menganut Islam , masyarakat Nusantara telah menganut kepercayaan Hindu, Buddha dan animisme.

“Oleh itu, sebahagian ulama telah menggunakan method ini sebagai method dakwah”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Simposium Lestari dan Kesenian Menurut Islam di Dewan Hotel Emas pada 7 April 2019 semalam.

Dalam simposium tersebut, 3 kertas kerja telah dibentangkan oleh Dr Ustaz Riduan Mohamad Noor, Dr Mohd Fadli Ghani dan Profesor Dr Uzaimah Ibrahim.

Turut hadir dalam simposium tersebut , AJK PAS Pusat merangkap YDP Pas Tawau Mohamad bin Husain , Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah ,Haji Ahmad Dollah dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Sabah , Zaiton Ahmad.

Dalam majlis yang sama para peserta turut dihiburkan oleh artis ZUAR XPDC dan Lestari Buskers yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur serta turut menampilkan kumpulan Buskers Dacs dari Tawau .