Home Fastaqim

Senaman Pagi Ceriakan Suasana Fastaqim

2078
SHARE

Senaman Pagi Ceriakan Suasana Fastaqim 

Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi 

KUALA NERUS: Acara senaman pagi di perkarangan tapak Fastaqim 2.0 menceriakan suasana dengan penyertaan dari pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak sehingga dewasa dibawah bimbingan wakil DACS Shah Alam.

Di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain, acara tersebut memberikan pendedahan kepentingan menjaga kesihatan diri dengan beberapa langkah penjagaan seperti senaman ringan serta pemakanan berkhasiat.

Antara pimpinan yang turut serta bersama Ketua Pemuda PAS Malaysia; Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi,  Ketua Muslimat PAS Malaysia; Ustazah Nuridah Saleh, Ketua Pemuda PAS Terengganu; Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Pengarah Fastaqim 2.0 Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Pembukaan hari kedua Fastaqim 2.0 memberikan impak kepada masyarakat tempatan untuk sama-sama menghargai nikmat kesihatan kurniaan Allah SWT agar dapat beribadah dengan sebaiknya.