Home Fastaqim

Fastaqim 2.0: Bersatu Mencegah Kemungkaran

296 views
SHARE

Fastaqim 2.0 : Bersatu Mencegah Kemungkaran

Oleh: Aisyah Yamin

KUALA NERUS, 30 Sept – PAS Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan Fastaqim 2.0 untuk memberi isyarat kepada  semua agar bangkit kembali mencegah kemungkaran.

Fastaqim 2.0 juga dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada ummah akan ancaman pemikiran yang telah bermula sejak di institusi pendidikan seterusnya membawa kepada lahirnya pelbagai isme dan perjuangan yang kononya bersifat ‘human right’ sehingga mengenetepikan faktor agama dan syariah.

“Segala apa yang kita hadapi hari ini, Dia telah memberi satu isyarat yang besar kepada kita” demikian penjelasan YB Ustaz Nasarudin bin Hassan dalam ceramah Pra-Fastaqim dan solidariti Rohingya di sini malam tadi.

Demikian ulasan beliau ketika menjelaskan ancaman pemikiran yang kian menular dalam masyarakat sehinggakan ada yang sanggup berkiblatkan barat dalam urusan fatwa dan sebagainya.

Program anjuran Parti Islam SeMalaysia (PAS) ini bermula sekitar jam 8.00 malam dengan mensasarkan kehadiran 200 ribu rakyat dari seluruh tanah air.

Ianya juga dengan harapan agar Allah membantu dan menyelamatkan umat Islam yang kian parah dijajah pemikirannya.

Selain itu, situasi semasa penderitaan rakyat Rohingya turut dikongsi oleh Pengarah Fastaqim 2.0, YB Ustaz Nasarudin Bin Hasan dalam sesi Pra-Fastaqim malam tadi.