Home Berita PAS Terengganu

‘Semut Merah’ tabur bakti jayakan outreach vaksinasi

32
SHARE

Oleh : Fahmi Izzuddin Hashim @BuletinOnline

SETIU – ‘Semut Merah’ yang sinonim kepada anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM), sentiasa bersedia menyumbang bakti khususnya menghadapi pandemik dan membantu usaha vaksinasi terhadap rakyat.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Azmi Maarof berkata, JAM sebuah entiti kebanggaan PAS, sentiasa menempatkan diri pada setiap program yang diadakan.

Katanya, mereka tidak pernah ‘tertinggal’ untuk menjalankan tugasan sama ada kawalan lalulintas, penunjuk arah dan kebajikan lain.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota JAM Kawasan Setiu yang sama-sama mengembleng tenaga menjayakan program ‘outreach’ vaksinasi hari ini”,

Tanpa sokongan padu daripada semua jabatan dan agensi mungkin program hari ini tidak berjalan lancar, ” jelasnya.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap itu berkata demikian ketika ditemui pada ‘Outreach Program’ Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Sekolah Kebangsaan Kasar, Setiu, semalam.

Sementara itu, Komandan JAM Setiu, Wan Mohammad Izzuddin Wan Hamzah berkata, terima kasih kasih atas kepada segala khidmat yang telah diberikan dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap anggota amatlah dihargai.

Menurutnya, ‘Outreach PICK’ kali ini telah berjaya dengan melebihi sasaran 1000 orang penerima vaksin dalam kalangan penduduk setempat.