Home Berita PAS Terengganu

Bentuk kepimpinan wanita melalui usrah

8
SHARE

Oleh : Abbas DannyK

KUALA TERENGGANU – Usrah Pengukuhan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) secara atas talian, mendidik 26 peserta wanita menjadi pemimpin kepada masyarakat setempat.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, tarbiyah merupakan nadi dalam perjuangan Islam.

“Dalam masa dua jam peserta menimba ilmu melalui Kitab Manhaj Usrah PAS Peringkat Takwin 1 di samping membincangkan tuntutan dakwah ‘Peranan Kita Dalam komuniti’,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata demikian ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, usrah tersebut telah berjaya apabila mendapat kerjasama dan maklum balas yang baik daripada peserta.

Sementara itu, beliau turut berbincang mengenai peranan PAS Cawangan dan Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam melaksanakan bantuan kerajaan (Berkat).

Katanya, tumpuan akan diberikan kepada pelaksanaan Janji Manifesto, baik pulih rumah di kampung dan menangkis putar belit isu kebajikan oleh musuh politik.